Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi


Ahli Parlimen Fabio Rampelli berkata bahasa Inggeris sudah menyusup ke dalam bahasa Itali. – Gambar EPA, 3 April, 2023.

KERAJAAN Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan.

Draf undang-undang yang diusulkan Ahli Parlimen Fabio Rampelli itu mencadangkan denda sehingga €100,000 (AS$108,705) kepada mereka yang melanggar peraturan baharu itu.

Rampelli berkata bahasa Inggeris sudah menyusup ke dalam bahasa Itali.

Undang-undang itu juga bertujuan untuk mengenakan hukuman ke atas penggunaan mana-mana bahasa asing lain dalam komunikasi rasmi.

Ia juga bertujuan untuk melindungi dan menggalakkan peggunaan bahasa Itali. – Bernama, 3 April, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen