Keputusan kes Najib bukti tiada siapa kebal undang-undang, kata Sithambaram


Ravin Palanisamy

Pendakwa raya V Sithambaram berkata keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini memberi mesej kepada semua bakal pesalah tidak akan ada jalan keluar dan mereka akan dihukum mengikut undang-undang suatu hari nanti. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Mac, 2023.

KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib Razak untuk menyemak penolakan rayuan terakhirnya sebelum ini menunjukkan tiada sesiapa kebal undang-undang, kata pendakwa raya V Sithambaram.

Beliau berkata keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini sepatutnya memberi mesej kepada semua bakal pesalah tidak akan ada jalan keluar dan mereka akan dihukum mengikut undang-undang suatu hari nanti.

“Jabatan Peguam Negara dapat memastikan kedaulatan undang-undang diguna pakai dalam kes ini.

“Mesej terbesar penganiayaan SRC kepada ahli politik atau pesalah lain yang berkemungkinan adalah pendakwaan ini menunjukkan tiada sesiapa di negara ini kebal undang-undang.

“Dan saya ingin menegaskan pendakwaan yang berjaya ini mesti menghantar mesej yang menyedihkan kepada semua bakal pesalah bahawa undang-undang akan mengejar anda dan menghukum mereka yang bersalah,” kata Sithambaram kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.

Awal hari ini Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman serta denda kerana rasuah dengan majoriti 4-1.

Hakim Vernon Ong berkata tidak berlaku kegagalan dalam proses keadilan ketika pendengaran prosiding rayuan akhir kes pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC International berjumlah RM42 juta oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lalu. – 31 Mac, 2023.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen