Kementerian Kesihatan Malawi keluar amaran virus Marburg 


Virus Marburg setakat ini telah meragut lima nyawa di wilayah barat laut Kagera, Tanzania.– Gambar AFP, 25 Mac, 2023.

KEMENTERIAN Kesihatan Malawi mengeluarkan amaran mengenai penyakit virus Marburg yang setakat ini telah meragut lima nyawa di wilayah barat laut Kagera, Tanzania.

Menurut kenyataan kementerian, rakyat digesa berhati-hati dan mengelakkan hubungan fizikal yang rapat dengan mereka yang disyaki dijangkiti Marburg, lapor Xinhua.

Kementerian turut menggesa rakyat supaya memakai sarung tangan dan alat pelindung diri yang sesuai semasa menjaga pesakit di rumah selain mengamalkan mencuci tangan dengan sabun dan air.

Menurut kenyataan itu, kementerian dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika akan terus memantau keadaan di Tanzania dan di rantau ini.

Kementerian juga akan mengemas kini maklumat untuk memudahkan orang ramai mendapatkan perkembangan terkini. – Bernama, 25 Mac, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen