Korban siklon Freddy di Malawi cecah 99 orang


Presiden Malawi Lazarus Chakwera mengisytiharkan darurat di 10 daerah yang terjejas teruk di wilayah selatan akibat siklon Freddy. – Gambar AFP, 14 Mac 2023.

ANGKA kematian akibat Siklon Tropika Freddy melanda Malawi mencecah 99 nyawa dengan 85 kematian direkodkan di bandar komersial Blantyre pada Isnin.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Bencana dan Pengurusan (DoDMA), Charles Kalemba, mengesahkan perkembangan itu pada taklimat media yang diadakan di Blantyre petang Isnin, sambil menambah ribuan penduduk dipindahkan, lapor Xinhua.

Kalemba berkata hampir 150 orang mengalami kecederaan serius di 10 daerah yang terjejas teruk akibat taufan itu.

Siklon itu juga memusnahkan infrastruktur jana kuasa, menyebabkan hampir seluruh negara mengalami gangguan bekalan elektrik sejak pagi Isnin.

Presiden Malawi Lazarus Chakwera mengisytiharkan darurat di 10 daerah yang terjejas teruk di wilayah selatan. – Bernama, 14 Mac 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen