Malawi gantung penerbangan walau tiada kes Covid-19


Agensi keselamatan diarah meningkatkan pengawasan terhadap pelancong dari negara yang terjejas Covid-19. – Gambar AFP, 28 Mac, 2020.

KERAJAAN Malawi menggantung semua penerbangan antarabangsa bermula 1 April sebagai langkah pencegahan awal membendung wabak COVID-19, meskipun negara itu belum mencatatkan sebarang kes, lapor agensi berita Xinhua.

Perkara itu diumumkan Jabatan Penerbangan Awam dalam satu kenyataan pada Jumaat.

“Berkuat kuasa 1 April 2020, semua penerbangan antarabangsa digantung kecuali penerbangan membawa kakitangan kesihatan, peralatan perubatan dan bantuan kecemasan; mengangkut penduduk Malawi pulang dan penerbangan kargo,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Presiden Peter Mutharika turut mengarahkan semua sekolah, kolej dan universiti ditutup. 

Beliau turut melarang perhimpunan melebihi 100 orang dan agensi keselamatan diarah meningkatkan pengawasan terhadap pelancong dari negara yang terjejas Covid-19. – Bernama, 28 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen