Menteri Malawi dipecat kerana salah guna dana Covid-19


Menteri Tenaga Kerja Ken Kandodo dipecat semalam kerana menyeleweng dana Covid-19 untuk membayar kos perjalanan kerajaan. – Gambar Facebook, 19 April, 2021.

PRESIDEN Malawi Lazarus Chakwera semalam pecat Menteri Tenaga Kerja Ken Kandodo kerana menggunakan AS$800 dari dana Covid-19 untuk membayar kos perjalanan kerajaan.

Chakwera ketika mengumumkan pemecatan Kandodo secara langsung di televisyen berkata laporan audit menyebut menteri itu menyenaraikan penggunaan dana berkenaan dalam peruntukan perjalanan ke Afrika Selatan.

Presiden itu berkata walaupun Kandodo telah memulangkan wang berkenaan, tetapi menteri itu tetap bersalah kerana menggunakannya bukan bertujuan untuk menangani pandemik Covid-19.

“Saya tidak mahu anggota Kabinet saya membelanjakan dana untuk tujuan lain,” katanya.

Chakwera juga mengarahkan pegawai-pegawai kerajaan yang terbabit dalam kes penyelewengan dana Covid-19 berjumlah AS$7.8 juta.

“Ketika ini, Polis Malawi telah menangkap berpuluh individu yang disyaki terbabit dalam jenayah yang didedahkan laporan audit. Tiada siapa yang akan terlepas… ramai lagi akan ditangkap selepas ini.”

Malawi, antara negara termiskin di dunia, merekodkan 34,000 kes Covid-10 dengan 1,138 kematian, termasuk dua menteri Kabinet. – AFP, 19 April, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen