Taufan Freddy badai Malawi ragut 447 nyawa


Seramai 362,928 penduduk di selatan Malawai dipindahkan selepas dibadai taufan Freddy. – Gambar AFP, 19 Mac, 2023.

JUMLAH korban akibat siklon Freddy di selatan Malawi mencecah 447 orang setakat pukul 7 malam waktu tempatan (1700 GMT) Sabtu manakala seramai 362,928 penduduk dipindahkan.

Menurut kemas kini Jabatan Hal Ehwal Pengurusan Bencana (DoDMA) pada Sabtu, seramai 918 penduduk cedera dan 282 lagi hilang, lapor Xinhua.

Anggota tentera, polis dan pasukan penyelamat lain masih meneruskan operasi menyelamat. 

Presiden Malawi Lazarus Chakwera berkata beberapa misi asing, kerajaan, pertubuhan tempatan dan antarabangsa, syarikat dan individu bersetuju untuk menawarkan bantuan.

Sesi persekolahan di wilayah selatan negara ini ditangguhkan sehingga 31 Mac memandangkan kira-kira 230 sekolah dijadikan kem perlindungan sementara. 

Siklon Freddy yang melanda wilayah di selatan Malawi sejak Ahad hingga Selasa yang mencetuskan angin kencang, banjir dan tanah runtuh, meragut ratusan nyawa serta menyebabkan ratusan ribu orang hilang tempat tinggal. – Bernama, 19 Mac, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen