PRESIDEN Argentina Alberto Fernandez mengumumkan negara itu kembali mengganggotai Kesatuan Negara-negara Amerika Selatan (Unasur), sebuah organisasi ekonomi serantau, menurut perkhidmatan media presiden.
“Di Amerika Latin, kami kini bersatu. Untuk membina perpaduan kami mesti mengetepikan kepentingan politik yang akan meminggirkan kami. Oleh itu, kekuatan baharu perlu diberikan kepada Unasur secepat mungkin,” menurut kenyataan itu.
Unasur ialah organisasi politik dan ekonomi serantau negara-negara Amerika Selatan yang diwujudkan pada tahun 2004 berdasarkan dua persatuan integrasi serantau yang besar - Pasaran Bersama Selatan (Mercosur) dan Komuniti Andes.
Bagaimanapun banyak negara menggantung penyertaan mereka atau meninggalkan organisasi itu.
Unasur kini angoitai Guyana, Suriname, Venezuela, Bolivia dan Peru, lapor Sputnik. – Bernama, 22 Mac, 2023.
Komen