PRESIDEN Argentina, Alberto Fernandez yang sudah diberi vaksin Covid-19, mengumumkan pada Jumaat beliau diuji positif koronavirus.
“Pada lewat hari ini, selepas mengalami demam 37.3 dan sakit kepala ringan, saya melakukan ujian antigen, yang didapati positif,” tulisnya di Twitter sambil menambah beliau sedang menunggu keputusan ujian PCR untuk pengesahan diagnosis.
Presiden yang genap berusia 62 tahun pada Jumaat Jumaat, diasingkan sebagai langkah berjaga-jaga tetapi berkata beliau sihat.
“Walaupun saya ingin mengakhiri hari jadi tanpa berita ini, saya juga dalam keadaan penuh semangat,” katanya.
Fernandez disuntik dengan vaksin Sputnik V keluaran Rusia dan mengambil suntikan keduanya pada 11 Februari, kata sumber dalam presiden kepada AFP.
Argentina menghadapi gelombang kedua koronavirus dengan peningkatan kes yang berterusan.
Negara Amerika Selatan yang berjumlah 44 juta penduduk itu mencatatkan lebih 2.3 juta jangkitan dan lebih 55,000 kematian akibat Covid-19. – AFP, 3 April, 2021.
Komen