Rakyat Argentina tunjuk perasaan bantah kerajaan


Rakyat Argentina turun ke jalan raya membantah pentadbiran Presiden Alberto Fernandez pada Ahad.– Gambar EPA, 9 November, 2020.

RAKYAT Argentina turun ke jalan raya pada Ahad membantah pentadbiran Presiden Alberto Fernandez, lapor Agensi Anadolu.

Para penunjuk perasaan, yang berkumpul di sekitar monumen Obelisk di tengah bandar Buenos Aires, melaungkan “kebebasan, keadilan dan perlembagaan.” Pemandu yang melalui kawasan tersebut menunjukkan sokongan mereka dengan membunyikan hon.

Menurut Anadolu, protes tersebut bertujuan menentang rancangan pembelian vaksin Covid-19 dan reformasi kehakiman yang didakwa penunjuk perasaan akan menyelamatkan bekas presiden Christina Fernandez de Kirchner daripada diadili kerana rasuah.

Selain di ibu kota, demonstrasi terhadap kerajaan Fernandez juga diadakan di bandar Cordoba, Rosario, Mar del Plata, Mendoza dan San Carlos de Bariloche, tambahnya. – Bernama, 9 November, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen