SELURUH Argentina berkabung atas kematian legenda bola sepak Diego Maradona, 60, akibat serangan jantung pada Rabu.
AFP melaporkan Presiden Argentina Alberto Fernandez mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari.
“Hari ini yang menyedihkan, amat menyedihkan buat seluruh rakyat Argentina,” kata Fernandez dalam wawancara di saluran sukan TyC.
Peminat Maradona di Buenos Aires berhimpun memegang sepanduk “D10s” yang bermaksud “Dios” untuk Tuhan dan angka 10 mewakili nombor jersi legenda bola sepak itu.
Maradona diberi jolokan “Hand Of God” di Argentina selepas berjaya membawa negara itu merangkul Piala Dunia pada 1986. – 26 November, 2020.
Komen