Pengganas serang penjara Congo, 8 mati, lebih 800 banduan lari


Seramai 80 anggota ADF menyerang penjara pusat Kakwangura di Butembo di Congo untuk membebaskan 13 anggotanya, sekali gus menyebabkan lapan maut manakala lebih 800 banduan cabut lari. – Gambar EPA, 11 Ogos, 2022.

LAPAN orang, termasuk dua anggota polis dan seorang awam, terbunuh dalam serangan oleh Pasukan Demokratik Bersekutu (ADF) di penjara pusat Kakwangura di Butembo di Congo.

Lapan puluh anggota ADF menyerang penjara pada Selasa malam untuk membebaskan 13 anggotanya, termasuk 12 banduan wanita, lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap tentera, Kapten Anthony Mualushayi dalam satu sidang media.

ADF adalah kumpulan pengganas yang bergabung dengan kumpulan yang berkait dengan Daesh di Wilayah Afrika Tengah (ISCAP). Selama bertahun-tahun kumpulan itu sering melakukan kekejaman di Congo.

Media Congo melaporkan selain yang terbunuh, 822 daripada 874 banduan yang berdaftar di kemudahan itu turut melarikan diri. – Bernama, 11 Ogos, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen