Dua askar Congo mabuk bunuh 15 orang


Dua askar Congo yang mabuk menembak mati 15 orang awam dalam dua kejadian berasingan pada Ahad dan Isnin lepas. – Gambar AFP, 19 April, 2022.

DUA askar Congo yang mabuk telah menembak mati seramai 15 orang dalam serangan berasingan di timur DR Congo, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Seorang askar “mabuk” telah membunuh lapan penumpang dan mencederakan tujuh pada Isnin di atas sebuah bot di Tasik Tanganyika, kata pentadbir wilayah Fizi Aime Kawaya Mutipula kepada AFP.

“Antara mangsa, kesemuanya orang awam, terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak,” katanya.

Jurucakap tentera tempatan, Marc Elongo berkata, askar itu, Lukusa Kabamba, kemudian “dibunuh” oleh penduduk yang marah dia dapat ditangkap dan meninggal dunia akibat kecederaannya.

Penyelaras kumpulan masyarakat sivil tempatan Andre Byadunia sebelum ini berkata askar itu telah “dikurung” dan menggesa “pihak berkuasa untuk membicarakannya dan menjatuhkan hukuman kepadanya”.

Pada Ahad, seorang lagi askar menembak mati pengawal peribadi seorang kolonel sebelum membunuh kolonel dan lima orang awam di Bambu, dalam wilayah Djugu, umum pihak berkuasa tempatan wilayah Ituri.

Kampung itu “dikejutkan pada pagi Ahad dengan bunyi tembakan, menyangka ia adalah serangan”, kata pegawai tempatan Claude Mateso.

Tetapi, jelasnya, ia adalah seorang tentera yang telah dilucutkan senjata oleh rakan-rakannya pada petang sebelumnya kerana mabuk.

Pembunuh itu, yang telah menemui pistolnya, akhirnya ditembak mati oleh seorang lagi askar yang mengejar.

“Ia adalah kes terpencil dan kami kutuk sekeras-kerasnya,” kata jurucakap tentera Ituri, Leftenan Jules Ngongo.

“Kami sedang menunggu untuk tahu punca sebenar di sebalik perbuatan tidak bertanggungjawab dan jenayah ini,” tambahnya. – AFP, 19 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen