Belanda sahkan kes pertama cacar monyet libatkan kanak-kanak


Belanda merekodkan 352 kes setakat Isnin dan kes pertama disahkan pada 20 Mei. – Gambar EPA, 6 Julai, 2022.

INSTITUT Kesihatan Belanda (RIVM) melaporkan kes pertama jangkitan cacar monyet melibatkan kanak-kanak, lapor Sputnik.

Pihak berkuasa kesihatan memaklumkan seorang kanak-kanak yang juga pelajar sekolah disahkan menghidap penyakit itu.

Sebelum ini, hampir semua kes jangkitan cacar monyet dikaitkan dengan hubungan seks, tetapi tiada unsur penderaan seksual membabitkan kanak-kanak itu, menurut RIVM.

Belanda merekodkan 352 kes setakat Isnin dan kes pertama disahkan pada 20 Mei.

Sejak itu, jangkitan baharu direkodkan dengan purata 10 kes setiap hari.

Sebilangan besar mereka yang diuji positif wabak cacar monyet merupakan golongan gay. – Bernama, 6 Julai, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen