MENTERI Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu sekali lagi memohon maaf susulan kenyataannya berhubung sorakan pemain ke-12 skuad Harimau Malaya yang dikatakan menjadi punca kekalahan Malaysia di tangan Bahrain pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023, Sabtu lepas.
“...saya rasa saya perlu memohon maaf kepada semua peminat. Saya juga seorang daripada peminat dan saya kira yang penting sekarang ini ialah untuk terus beri sokongan kepada pasukan kita tanpa berbelah bahagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Pusat Pengalaman Pemanduan di Litar Go Kart Sepang di Sepang hari ini.
Komen