9 langkah untuk selamatkan Harimau Malaya, kata menteri


Ragananthini Vethasalam

DENGAN hanya kurang 200 harimau Malaya di negara ini, ikon Malaysia itu akan pupus dalam tempoh lima hingga 10 tahun sekiranya tiada langkah drastik diambil bagi menyelamatkan spesies itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidfi Tuanku Jaafar. 

“Menyedari perkara ini, kabinet menetapkan 9 langkah konservasi strategik untuk 10 tahun akan datang,” katanya kepada Dewan Rakyat. 

Meningkatkan penguatkuasaan melalui rondaan, memulihara habitat semula jadinya, menubuhkan Pasukan Khas Konservasi Harimau Kebangsaan dan Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah polis dan memperkasakan makmal forensik hidupan liar - merupakan antara langkah strategik yang digariskan oleh ahli Parlimen Santubong.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Che Alias Hamid (Kemaman-PAS) berhubung usaha yang diambil berkaitan pemuliharaan harimau Malaya. 

Wan Junaidi menjawab soalabn itu bagi pihak Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan yang kini menjalani kuarantin di rumah selepas disahkan positif Covid-19.

“Diharap langkah strategik ini akan membuahkan hasil signifikan dalam memastikan kelangsungan harimau Malaya,” katanya.– 11 November, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen