Perjuangan Malaysia berakhir di tangan Garuda


Ia juga menyaksikan pasukan negara gagal melepasi saingan kumpulan kejuaraan dwi tahunan itu buat kali kedua selepas edisi 2016 dalam enam penganjuran terakhir dan ia kekalahan ketiga Malaysia kepada Indonesia dalam lima pertemuan terakhir mereka di pentas Piala AFF. – Gambar fail EPA, 19 Disember 2021.

MALAYSIA ditunjukkan jalan keluar daripada Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 selepas tewas 1-4 di tangan musuh tradisi Indonesia, pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional Singapura, malam ini.

Keputusan itu menafikan impian skuad kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe untuk mara ke peringkat separuh akhir, apabila menamatkan saingan kumpulan di tempat ketiga dengan hanya mengumpul enam mata daripada empat perlawanan.

Ia juga menyaksikan pasukan negara gagal melepasi saingan kumpulan kejuaraan dwi tahunan itu buat kali kedua selepas edisi 2016 dalam enam penganjuran terakhir dan ia kekalahan ketiga Malaysia kepada Indonesia dalam lima pertemuan terakhir mereka di pentas Piala AFF.

Sementara kejayaan menewaskan skuad Harimau Malaya membolehkan Indonesia di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Shin Tae-yong, melangkah ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B dengan berkongsi 10 mata bersama Vietnam, yang terpaksa akur selaku naib juara kumpulan.

Pada pertembungan ‘hidup mati’ kedua-dua pasukan itu, Malaysia memulakan permainan berintensiti tinggi tersebut dengan cemerlang, apabila terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi rembatan dari luar kotak penalti M. Kogileswaran Raj pada minit ke-13. – Bernama, 19 Disember, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen