Angka kematian letupan hotel di Cuba meningkat kepada 42


Kerja menyelamat diteruskan di Hotel Saratoga yang musnah di Havana Jumaat lepas. Angka kematian akibat letupan itu kini berjumlah 42 orang. – Gambar EPA, 11 Mei 2022.

DUA lagi mayat dibawa keluar dari runtuhan hotel di Havana yang musnah dalam letupan menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 42 orang.

Kementerian Kesihatan berkata 54 orang lagi cedera dan 17 daripada mereka sedang menerima rawatan di hospital.

Kematian terbaru yang disahkan ialah seorang wanita berusia 77.

Hotel mewah Saratoga di kawasan lama Havana musnah pada pagi Jumaat lepas disebabkan oleh kebocoran gas.

Hotel lima bintang itu sedang diubah suai ketika itu dan tiada tetamu dilaporkan berada di dalam hotel semasa kejadian berlaku.

Hotel itu ditutup selama dua tahun, pada mulanya disebabkan oleh wabak yang memusnahkan industri pelancongan penting di Cuba.

Tetapi ia sepatutnya dibuka semula semalam.

Roberto Enrique Calzadilla, wakil syarikat Gaviota negeri yang merupakan pemilik hotel itu berkata terdapat 51 pekerja di tapak itu ketika letupan berlaku.

Daripada jumlah itu seramai 23 maut, tiga terselamat sedang menjalani rawatan di hotal, 22 selamata dan tiga lagi masih hilang.

Penilaian awal menunjukkan 80% daripada hotel terjejas akibat letupan itu.

Empat tingkat pertama hotel itu musnah.

Hartanah mewah itu terkenal kerana pernah menerima kunjungan selebriti seperti Madonna, Beyonce, Mick Jagger dan Rihanna. – AFP, 11 Mei, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen