PRN Johor tak untungkan hotel, menurut tinjauan


Khoo Gek San

Industri hotel tidak mendapat manfaat terutamanya di Johor Bharu daripada kempen pilihan raya manakala kedai makan menyaksikan peningkatan 20% dalam perniagaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Mac, 2022.

KEMPEN pilihan raya sentiasa membawa perniagaan yang baik kepada ekonomi tempatan tetapi tidak dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan Sabtu ini.

Hanya hotel 4 dan 5 bintang terutamanya di Johor Bharu mendapat manfaat daripada kempen pilihan raya selama dua minggu manakala kedai makan menyaksikan peningkatan 20% dalam perniagaan.

Pengusaha hotel menjangkakan durian runtuh seperti pilihan raya yang lalu namun tidak menjadi kenyataan dan memusnahkan harapan untuk pemulihan lebih cepat berikutan penutupan untuk pandemik Covid-19.

Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) Johor Ivan Teo berkata kadar penghunian 40% hingga 60% untuk hotel bertaraf 4 dan 5 bintang di Johor Bahru tidak mencapai tahap pra-pandemi 80% hingga 90%.

Hotel dalam kategori ini paling banyak mendapat manfaat daripada pilihan raya berbanding jenis penginapan lain kerana ia adalah lokasi yang dipilih untuk program oleh menteri dan parti politik.

Namun ia tidak sama dengan apa yang dinikmati oleh sektor hotel semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018, kata Pengerusi Persatuan Hotel Perniagaan Malaysia Johor Jarod Chia.

“Dalam pilihan raya lalu kita boleh melihat peningkatan dalam penghunian hotel tetapi tidak kali ini,” katanya.

Beliau melihat ramai orang datang bekerja atau menjadi sukarelawan untuk pilihan raya lebih suka tinggal di unit AirBnB.

“Hotel perniagaan dan bersaiz sederhana bukanlah pilihan pertama lagi.

“Tidak ramai orang dilihat pada pilihan raya kali ini dan kadar penghunian tidak baik,” katanya.

Sektor makanan bagaimanapun menunjukkan prestasi yang lebih baik dengan restoran dan penjaja melaporkan peningkatan 20% dalam volum perniagaan.

“Petugas pilihan raya dan parti, calon dan pasukan mereka keluar untuk makan, jadi ia adalah masa yang baik untuk perniagaan,” kata pemilik Kedai Kopi Traffic Light yang popular di Yong Peng.

Kedainya yang terletak berhampiran persimpangan lampu isyarat utama biasanya menarik pelancong dari Singapura tetapi perniagaannya mati semasa pandemik Covid-19.

Sejak kempen untuk PRN Johor bermula dua minggu lalu Loi berkata perniagaan meningkat antara 15% hingga 20%.

“Pada pemerhatian saya pengunjung adalah gabungan orang daripada parti politik dan beberapa pelancong,” katanya.

Restoran Cina yang lebih besar juga berjalan lancar kerana parti politik mengadakan acara makan lebih besar dalam tempoh dua hingga tiga minggu lepas, kata Presiden Persatuan Dapur Johor Ang Swee Kiong.

Ang menambah aliran perlahan pelancong dari Singapura disambung semula berikutan pelaksanaan pengaturan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) antara Malaysia dan republik berkenaan.

Bagaimanapun Ang berkata walaupun perolehan pelanggan bertambah baik kos operasi meningkat 20% menjadikan daya maju perniagaan untuk restoran sebagai cabaran berterusan.

Gerai makanan penjaja mungkin menyaksikan ledakan sebenar yang juga disebabkan pilihan raya.

Mereka pantas dan mudah, perkara yang diperlukan oleh pekerja parti dan sukarelawan pilihan raya yang sibuk, katanya.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Johor Selatan berkata perniagaan penjaja bawa pulang semakin meningkat.

“Kita mempunyai ramai pekerja parti yang datang dan memesan makanan untuk dibawa pulang kerana mereka mempunyai pasukan yang ramai untuk diberi makan,” katanya.

Pemilik gerai makanan ringan Mohd Latif, 63, berkata perniagaannya meningkat sebanyak 10% sepanjang tempoh kempen sambil menambah dia boleh membuat keuntungan kecil.

“Perniagaan bagus semasa pilihan raya,” katanya. – 11 Mac, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen