Angka korban letupan hotel di Havana naik 25 orang


Kebocoran gas dipercayai menjadi punca kepada kejadian letupan di sebuah hotel mewah di tengah Havana. – Gambar AFP, 7 Mei, 2022.

ANGKA kematian akibat letupan di sebuah hotel mewah di tengah Havana meningkat kepada 25 orang dengan 64 lagi cedera, menurut Pejabat Presiden Cuba pada Jumaat.

Laporan sebelum ini memaklumkan sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan lebih 50 yang lain menerima rawatan di hospital.

Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel yang melawat lokasi kejadian berkata “Letupan itu bukan bom atau serangan, tetapi kemalangan yang tidak disengajakan.”

Kebocoran gas dipercayai menjadi punca kepada kejadian itu, lapor Xinhua.

Hotel lima bintang itu dalam proses dibuka semula pada 10 Mei sebagai sebahagian usaha pemulihan industri pelancongan di pulau itu.

Operasi menyelamat masih dijalankan. – Bernama, 7 Mei, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen