Lebih 200 spesies baharu ditemui di wilayah Mekong, kata WWF


SAINTIS menemui lebih 200 spesis baharu di seluruh wilayah Mekong pada 2020, menurut laporan WWF, walaupun terdapat ancaman yang ditimbulkan oleh perubahan iklim dan aktiviti manusia seperti pembalakan.

Penemuan itu termasuk primat baharu, ikan gua yang tidak berwarna dan ular berwarna-warni dengan corak sisik tidak bertindih yang luar biasa.

Secara keseluruhannya, 224 spesies baharu tumbuhan dan haiwan vertebrata ditemui di rantau itu—termasuk Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam—kata WWF dalam laporan “Penemuan Spesies Baharu”.

Imej monyet langur Popa, yang mengambil namanya daripada gunung berapi yang telah pupus, Gunung Popa di tengah Myanmar, telah dirakam oleh perangkap kamera.

Gunung itu masih menjadi habitat kepada populasi terbesar primat, kata WWF.

Hanya sekitar 200 hingga 250 daripada monyet—yang terancam oleh pemburuan, pembalakan dan kehilangan habitat—dianggap dapat bertahan secara keseluruhan.

Di Vietnam, penyelidik menemui katak bertanduk Gunung Ky Quan San berwarna terang pada ketinggian lebih 2,000 meter (6,500 kaki) di puncak.

Wilayah Mekong dengan landskap dari hutan hingga gunung merupakan kawasan biodiversiti yang sangat penting. – AFP, 27 Januari, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen