Rondaan bersama ke-107 Sungai Mekong bermula 


CHINA, Laos, Myanmar dan Thailand melancarkan operasi rondaan bersama kali ke-107 di Sungai Mekong pada Selasa.

Tiga kapal membawa anggota penguat kuasa undang-undang China berlepas dari pelabuhan Jingha di Xishuangbanna, wilayah Yunnan.

Operasi selama empat hari itu menumpukan kepada usaha membanteras penyeludupan manusia di kawasan aliran Sungai Mekong, dan dijalankan serentak di perairan dan darat.

Petugas dari keempat-empat negara akan bertindak tanpa kontak langsung bagi mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19.

Misi rondaan di perairan akan dijalankan bersama China dan Laos, manakala rondaan darat pula dilakukan Laos, Myanmar dan Thailand.

Isnin lalu, empat negara mengadakan majlis secara maya bagi memberi penghargaan kepada pasukan dan individu yang berjasa besar terhadap operasi bersama membanteras jenayah dadah.

Operasi selama 100 hari itu berjaya membongkar 85 kes melibatkan jenayah dadah, di samping menahan 132 suspek dan merampas 8.4 tan dadah pelbagai jenis. – Bernama, 21 Julai, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen