WWF-Malaysia mahu Belanjawan 2020 selamatkan Harimau Malaya


Desmond Davidson

Kurang 200 ekor Harimau Malaya liar dianggarkan wujud, kepupusan haiwan khazanah negara itu boleh menyebabkan Malaysia berdepan bencana alam sekitar dan terjejasnya sistem ekologi negara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Oktober, 2019.

PERUNTUKAN segera diperlukan dalam Belanjawan 2020 untuk menangani isu kepupusan kepelbagaian biologi dan ekologi yang merupakan warisan alam negara, kata WWF-Malaysia.

Pengarah Konservasi WWF-Malaysia Dr Henry Chan berkata melindungi Harimau Malaya yang hanya tinggal kurang 200 ekor yang hidup liar perlu menjadi keutamaan negara sebelum spesis itu pupus.

“Harimau adalah spesis penaung, dan hutan semulajadi dalam Banjaran Hutan Tengah (CFS) di mana mereka hidup juga adalah sumber air kita. Hutan ini melindungi negara terhadap kerosakan besar akibat banjir ketika musim tengkujuh.

“Dengan menyediakan peruntukan untuk melindungi Harimau Malaya yang hidup liar, kita bukan sahaja melabur untuk masa depan mereka, tetapi untuk masa depan kita juga.

“Kita perlu meningkatkan usaha untuk menangani kepupusan kepelbagaian biologi dan melindungi sistem ekologi kita,” kata Chan kepada The Malaysian Insight.

Salah satu usaha yang boleh dilakukan, katanya, adalah dengan penglibatan perdana menteri dalam perjuangan memelihara Harimau Malaya seterusnya sistem ekologi negara.

Chan berkata jawatankuasa nasional diketuai perdana menteri pastinya boleh memperhebat usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam negara.

Walaupun beliau mengakui yang Putrajaya sudah mengumumkan peningkatan keupayaan penguatkuasaan dan menyediakan bantuan polis, masih wujud keperluan untuk menyalurkan peruntukan besar untuk memerangi perburuan haram, yang menurutnya “wabak langsung membunuh harimau kita”. – 11 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen