Setiausaha Negara AS, menteri pertahanan Israel bincang mengenai Iran, Asia Barat


Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken semalam bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz di Washington untuk membincangkan isu serantau dan keselamatan, termasuk Iran dan Asia Barat. – Gambar EPA, 10 Disember, 2021.

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken semalam bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz di Washington untuk membincangkan isu serantau dan keselamatan, termasuk Iran dan Asia Barat, lapor Sputnik.

Pertemuan antara Blinken dan Gantz berlangsung ketika pusingan ketujuh rundingan mengenai pemulihan Pelan Tindakan Komprehensif Bersama yang dikelolakan Vienna disambung semula, selepas AS menarik diri semasa pentadbiran Presiden Donald Trump.

“Setiausaha Negara Antony J. Blinken bertemu Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz hari ini. Mereka membincangkan pelbagai topik serantau dan keselamatan, termasuk Iran dan komitmen AS terhadap keselamatan Israel,” kata jurucakap Kementerian Luar AS Ned Price dalam satu kenyataan semalam.

Kedua-dua pegawai kanan juga membincangkan masalah Palestin yang belum diselesaikan.

“Setiausaha Blinken mengulangi keyakinan Pentadbiran bahawa rakyat Israel dan Palestin berhak untuk hidup dengan selamat dan terjamin serta menikmati erti kebebasan, kemakmuran dan demokrasi yang sama,” tambah Price.

Terdahulu pada Khamis, Gantz bertemu dengan Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin di Pentagon. kedua-dua ketua pertahanan tertinggi itu membincangkanm dakwaan “provokasi nuklear” dan aktiviti ancaman lain oleh Iran. – Bernama, 10 Disember, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen