Lembah Klang rekod 1,399 kes baharu Covid-19


Ravin Palanisamy

Kes aktif Malaysia terus menurun kepada 89,337 setakat tengah malam tadi, menurut laman web CovidNow. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Oktober, 2021.

LEMBAH Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menyumbang 1,399 daripada 6,210 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam.

Sebanyak 1,027 kes direkodkan di Selangor, menurut laman web CovidNow, diikuti Kuala Lumpur (343) dan Putrajaya (29).

Sarawak pula mencatat 725 kes, manakala Sabah sebanyak 651 kes.

Kes aktif Malaysia terus menurun kepada 89,337 setakat tengah malam tadi.

Daripada jumlah itu, 70,896 kes positif Covid-19 menjalani kuarantin di rumah, 11,581 di pusat kuarantin berisiko rendah, manakala 6,194 menerima rawatan di hospital.

Seramai 666 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 306 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – 22 Oktober, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen