Lembah Klang rekod 1,198 kes baharu Covid-19


Aminah Farid

Lembah Klang menyumbang 1,198 daripada 5,516 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam.– Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Oktober, 2021.

LEMBAH Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menyumbang 1,198 daripada 5,516 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam.

Sebanyak 1,004 kes direkodkan di Selangor, menurut laman web CovidNow, diikuti Kuala Lumpur (189) dan Putrajaya (5).

Di negeri lain, Johor mencatat 610 kes, Kedah (312), Kelantan (565), Melaka (112), Negeri Sembilan (127), Pahang (232), Perak (393), Perlis (29), Pulau Pinang (378), Sabah (426), Sarawak (767), Terengganu (355) dan Labuan (12).

Kes aktif Malaysia terus menurun kepada 81,955 setakat semalam.

Daripada jumlah itu, 666 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 329 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 62,857 kes positif Covid-19 menjalani kuarantin di rumah, 11,966 di pusat kuarantin berisiko rendah, manakala 6,466 menerima rawatan di hospital.

Jumlah keseluruhan kes sembuh kini mencecah 2,297,289, dengan 9,401 kes direkodkan semalam. – 21 Oktober, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen