Lembah Klang rekod 1,176 kes baharu Covid-19


Aminah Farid

Lembah Klang menyumbang 1,176 daripada 5,745 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Oktober, 2021.

LEMBAH Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menyumbang 1,176 daripada 5,745 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam.

Sebanyak 888 kes direkodkan di Selangor, kali kedua negeri itu mencatat kes bawah 1,000 sejak 27 September, menurut laman web CovidNow.

Kuala Lumpur pula merekodkan 259 kes, manakala Putrajaya sebanyak 29 kes.

Di negeri lain, Johor mencatat 649 kes, Kedah (352), Kelantan (597), Melaka (168), Negeri Sembilan (114), Pahang (223), Perak (341), Perlis (5), Penang (393), Sabah (795), Sarawak (749), Terengganu (281) dan Labuan (2).

Kes aktif Malaysia terus menurun kepada 85,916 setakat semalam.

Daripada jumlah itu, 676 pesakit dirawat di unit rawatan rapi, dengan 330 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, 66,065 kes positif Covid-19 menjalani kuarantin di rumah, 12,592 di pusat kuarantin berisiko rendah, manakala 6,583 menerima rawatan di hospital.

Jumlah keseluruhan kes sembuh kini mencecah 2,287,888, dengan 8,933 kes direkodkan semalam. – 20 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen