Lembah Klang rekod 2,040 kes Covid-19


Ravin Palanisamy

Lembah Klang menyumbang 2,040 atau 27.2% daripada 7,509 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Oktober, 2021.

LEMBAH Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menyumbang 2,040 atau 27.2% daripada 7,509 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan semalam.

Selangor mencatat angka tertinggi dalam tempoh seminggu iaitu 1,744 kes. Rekod tertinggi sebelum ini 1,796 kes pada 8 Oktober.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negeri itu kini 698,291, menurut data laman web CovidNow. 

Kuala Lumpur dan Putrajaya semalam masing-masing mencatat 259 dan 37 kes.

Sementara itu, ke aktif Covid-19 dalam negara terus turun bawah 100,000 iaitu 95,395 selepas 9,531 kes pulih dilaporkan semalam, mengatasi angka kes harian 7,509.

Jumlah keseluruhan kes pulih kini 2.26 juta, menurut Kementerian Kesihatan.

Daripada jumlah aktif yang dilaporkan semalam, 73,507 atau 77.1% pesakit menjalani kuarantin di rumah, 14,401 (15.1%) di pusat kuarantin manakala 6,793 (7.1%) dirawat di hospital.

Seramai 694 pesakit berada di unit rawatan rapi, dengan 344 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.– 17 Oktober, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen