8 penduduk kampung dibunuh pemberontak di Congo 


Seorang anggota pasukan keselamatan melakukan rondaan di sebuah kawasan perkampungan di Congo.– Gambar EPA, 11 Oktober, 2021.

KUMPULAN pemberontak bertindak menyerang perkampungan di timur laut Beni di Congo, membunuh sekurang-kurangnya lapan penduduk. 

Menurut pihak berkuasa tempatan, ramai penduduk turut diculik kumpulan terbabit. 

Serangan pertama berlaku di perkampungan Mbingi dan Mapasana. 

“Empat orang dibunuh di kampung ini, tujuh motosikal dan beberapa buah rumah turutr dibakar dan beberapa penduduk diculik,” kata ketua sebuah badan masyarakat sivil Kinos Katuo. 

Katanya mangsa ditembak dan ada yang ditetak sampai mati. 

Pada Ahad, kumpulan pemberontak Pasukan Bersekutu Demokratik (ADF) menyerang sebuah kampung berdekatan Mangazi. 

Bagaimanapun kumpulan pemberontak itu maut selepas berbalas tembakan dengan pihak tentera. 

Kumpulan pemberontak berkenaan kemudian meneruskan serangan di perkampungan Matekelambi dan Mabuo yang mana empat penduduk terbunuh dalam serangan itu dan ramai yang dilaporkan hilang, kata Katuo. 

Bagaimanapun tiada pengesahan dibuat oleh pihak tentera berhubung serangan itu. 

Sementara itu datuk bandar Oicha, Nicolas Kukuku berkata “benar musuh hadir di kawasan ini.”

Lebih 100 kumpulan bersenjata aktif di timur negara itu dan ADF dikatakan yang paling bahaya. – AFP, 11 Oktober, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen