LEBIH 100 orang dikhuatiri maut atau hilang apabila kapal yang diubah suai karam di sungai Congo, lapor pihak berkuasa republik itu hari ini.
Jurucakap Gabenor Wilayah Barat Laut Mongala, Nestor Magbado berkata 51 mayat sudah dijumpai manakala 69 lagi masih hilang setakat semalam sejak insiden itu berlaku pada Isnin lepas.
Magbado berkata, terdapat 39 mangsa terselamat.
Katanya, jumlah yang hilang adalah berdasarkan anggaran kapasiti bot terbabit.
Magbado, kapal itu sebenarnya adalah sembilan sampan kayu tradisional dikenali sebagai pirogues yang diikat bersama.
Magbado menambah insiden itu mungkin disebabkan “kesesakan akibat cuaca buruk” pada waktu malam.
Skala kemalangan tidak jelas sehingga dilaporkan media pada lewat malam semalam, dan disahkan pada Sabtu oleh pihak berkuasa wilayah.
Magbado berkata pihak berkuasa Mongala telah memberitahu Kinshasa mengenai kejadian itu sejurus ia berlaku, namun masih menunggu maklumat berhubung jumlah kematian.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat diteruskan, tetapi harapan semakin pudar untuk mencari lebih banyak mangsa yang terselamat.
Pihak berkuasa wilayah telah menyatakan tiga hari berkabung bermula Isnin lalu. – AFP, 9 Oktober, 2021.
Komen