PRESIDEN Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan rakan sejawatnya dari Republik Demokratik Congo (DRC) Felix Tshisekedi pada Khamis berbincang melalui telefon mengenai Empangan Renaissance Grand Ethiopia (GERD) yang dipertikaikan.
Sisi mengulangi pendirian Mesir yang mahu perjanjian yang mengikat kedua-dua pihak secara sah mengenai peraturan mengisi dan mengoperasikan GERD sebelum musim hujan akan datang untuk memelihara hak air negara-negara hilir, kata jurucakap presiden Mesir Bassam Rady dalam satu kenyataan.
Mesir juga menyokong cadangan Sudan untuk membentuk kuartet antarabangsa yang diterajui Kesatuan Afrika (AU) sebagai perantara perbincangan GERD, lapor Agensi Berita Xinhua.
Perbicangan itu dibuat berapa jam selepas Sisi berunding dengan Perdana Menteri Sudan Abdalla Hamdok di Kaherah.
Ethiopia, mula membina GERD pada 2011, sementara Mesir bimbang empangan itu akan mempengaruhi bahagian air Sungai Nil seluas 55.5-bilion-meter padu-meter. Sudan baru-baru ini turut menimbulkan kebimbangan sama terhadap empangan bernilai AS$4 bilion itu.
Rundingan selama beberapa tahun membabitkan tiga pihak mengenai peraturan mengisi dan mengoperasikan GERD, dengan jumlah kapasiti 74 juta meter padu, tidak membuahkan hasil.
Ethiopia melakukan fasa pertama mengisi empangan pada Julai 2020 dan dijangka memulakan fasa kedua akhir tahun ini. – Bernama, 12 Mac, 2021.
Komen