Kabinet PM Jepun Suga letak jawatan


Barisan kabinet Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga yang sudah menerajui pentadbiran sejak September 2020 meletak jawatan hari ini. – Gambar EPA, 4 Oktober, 2021.

BARISAN kabinet Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga meletak jawatan hari ini sementara pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) Fumio Kishida yang baharu dipilih dijangka akan mengambil alih jawatan perdana menteri.

Kabinet pimpinan Suga telah menerajui pentadbiran sejak September 2020, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Kyodo.

“Ini adalah titik permulaan yang sebenarnya. Saya akan terus maju dengan penuh tekad,” kata Kishida pada sidang media di ibu pejabat LDP.

Kishida, yang memenangi pemilihan kepemimpinan LDP bulan lalu akan dipilih sebagai perdana menteri pada sidang parlimen, Isnin. – Bernama, 4 Oktober, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen