Kenal pasti pemilik e-mel ugut pastor yang hilang, kata peguam


Noel Achariam

SKMM perlu kenal pasti pemilik e-mel Yahoo dengan nama pengguna "wifigurl" yang didakwa mengugut pastor Joshua Hilmy, kata peguam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Julai, 2021.

PEGUAM keluarga wanita yang hilang Ruth Sitepu mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenal pasti identiti orang yang didakwa menghantar e-mel ugutan kepada suaminya, Pastor Joshua Hilmy yang hilang.

Peguam Philip Koh berkata SKMM perlu kenal pasti pemilik akaun e-mel Yahoo dengan nama pengguna “wifigurl”.

“Kami sedang cari maklumat mengenai siapa pemilik akaun e-mel ‘wifigurl’ itu.

“Ada mesej ugutan dalam e-mel itu dan kita perlu tahu siapa yang hantar,” katanya kepada siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) kehilangan pastor Joshua dan isterinya Ruth hari ini.

Ketua Pegawai Pengawal SKMM, Zulkarnain Yunus, yang merupakan saksi ke-22, memberitahu siasatan mereka telah berusaha mendapatkan maklumat mengenai identiti pemegang akaun e-mel.

“Yahoo tidak dilesenkan di bawah bidang kuasa kami. Kami tidak ada kuasa untuk mengaturnya kerana mereka bukan pemegang lesen kami.

“Mereka tidak terikat dengan peraturan atau undang-undang di sini. Jadi, kami tidak ada maklumat mengenai e-mel yang didaftarkan di bawah Yahoo,” kata Zulkarnain.

Koh kemudian bertanya apa yang SKMM lakukan untuk mengenal pasti pemilik akaun e-mel setelah menerima permohonan pihak berkuasa.

Zulkarnian berkata mereka membuat analisis pada e-mel dan mengesan beberapa maklumat, yang mana Koh bertanya sama ada siasatan dapat memberikan maklumat terperinci.

Zulkarnian berkata, maklumat tersebut tertakluk kepada Akta Rahsia Pegawai dan dia harus mendapatkan nasihat daripada pasukan undang-undang SKMM.

Zulkarnian menjawab soalan siasatan mengenai e-mel yang dihantar kepada Joshua yang memberi amaran kepada pastor Kristian itu mengenai kegiatannya sebelum beliau hilang pada November 2016. – 16 Julai, 2021.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen