Peguam minta kertas siasatan kehilangan Pastor Joshua, isteri diberi


Noel Achariam

Penting untuk siasatan mendapatkan semua dokumen berkaitan, kata peguam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Jun, 2021.

JABATAN Peguam Negara (AGC) perlu segera berikan kertas siasatan kehilangan Pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth Sitepu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

Peguam keluarga Ruth, Philip Koh berkata penting bahawa siasatan mendapat semua dokumen berkaitan.

Katanya mereka bimbang dengan keputusan AGC tidak mendedahkan dokumen kerana mereka perlu membantu mencari kebenaran tentang perkara itu.

“Mereka (AGC) dakwa ia membahayakan siasatan, tetapi dokumen-dokumen itu adalah maklumat penting yang diperlukan.

“Kami harap Suhakam boleh minta Idrus Harun (Peguam Negara) jelaskan adakah maklumat diminta itu membahayakan siasatan,” katanya kepada suruhanjaya siasatan mengenai kehilangan Joshua Hilmy dan Ruth.

Koh telah membuat permohonan kertas siasatan itu pada Januari

Kata Koh, Suhakam adalah badan yang ditubuhkan oleh rakyat Malaysia dan badan yang diberi mandat oleh Parlimen.

Tambahnya, dokumen lain dari Jabatan Imigresen, Maybank, Maxis, Jabatan Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga diperlukan.

Pegawai Suhakam Simon Karunagaram berkata beliau telah menulis surat kepada timbalan pendakwa raya (DPP) untuk meminta kertas siasatan.

“DPP berkata pihaknya tidak dapat kongsi maklumat sebab sebarang kebocoran maklumat akan mempengaruhi siasatan.

“Mereka (DPP) juga berkata polis tidak melanggar undang-undang berkaitan dengan siasatan.”

Katanya mereka telah mengutus surat kepada AGC pada 19 Januari dan menerima jawapan pada 2 Februari.

“Mereka (AGC) berkata mereka perlukan lebih masa. Kemudian kami kirim surat lain pada 24 Mac dan AGC kata sekali lagi mereka perlukan lebih banyak masa untuk bincang maklumat yang diminta.”

Koh berkata ada dakwaan Ruth telah keluar dari negara ini dan tidak ada sebab kenapa rekod Jabatan Imigresen tidak dapat tunjuk yang dia sudah keluar. – 11 Jun, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen