Akta hasutan lebih banyak disalahguna pada 2020, kata Suaram


Kata pengarah eksekutif Suaram Sevan Doraisamy berkata Kerajaan gagal membuang undang-undang yang menindas menjadikan Malaysia pada tahap kebebasan untuk bersuara. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Mei, 2021.

PENYALAHGUNAAN Akta Hasutan 1948 untuk tujuan politik lebih banyak berlaku pada 2020, kata kumpulan hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Data Suaram mendedahkan jumlah kes di bawah Akta Hasutan 1948 pada 2020 adalah 24, dua kali ganda jumlah kes pada 2019.

Ini adalah kes-kes yang disiasat, orang-orang yang didakwa dan juga yang didapati bersalah, kata pengarah eksekutif Suaram Sevan Doraisamy pada pelancaran Laporan Hak Asasi Manusia 2020.

24 kes itu merupakan yang tertinggi dalam lima tahun sebelumnya. Statistik Suaram menunjukkan bahawa pada 2018 (10 kes), 2017 (11) dan 2016 (15).

“Kerajaan gagal membuang undang-undang yang menindas menjadikan Malaysia pada tahap kebebasan untuk bersuara,” kata Sevan.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mula berkuasa pada 2018 berjanji untuk mengkaji semula dan menghapuskan undang-undang zalim dan Akta Hasutan 1948 adalah salah satunya.

“Semua ini tidak berlaku,” kata Sevan pada majlis yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor yang disiarkan secara langsung dalam talian. 

“Dan pihak pentadbiran bahkan mengaktifkan semula penahanan individu tanpa bicara di bawah undang-undang.

“Pengganti mereka, kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mengubahnya dan terus menggunakan undang-undang penindasan yang sama,” katanya.

Statistik lebih lanjut dengan jelas menunjukkan bahawa PN kurang bersedia bertolak ansur dengan perbezaan pendapatan dan tidak teragak-agak menggunakan undang-undang menindas bagi mengekang serta mengelak kritikan masyarakat, kata Sevan.

“Suaram mendokumentasikan sebanyak 98 kes yang ditangkap, disiasat, didakwa atau didapati bersalah di bawah Seksyek 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya. – 4 Mei, 2021.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen