Suaram gesa kerajaan formalkan polisi mengenai pelarian


KUMPULAN masyarakat sivil Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memuji kerajaan kerana berjanji tidak menghantar balik pelarian Uighur ke China, tetapi berkata satu polisi mengenai semua pelarian perlu diformalkan

Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy berkata jaminan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Redzuan Md Yusof, adalah perubahan positif daripada pendirian tidak sepatutnya dalam menangani hak pencari suaka dan pelarian pada fasa awal perintah kawalan pergerakan (PKP).

Doraisamy berkata semasa PKP, kerajaan membenarkan penganiayaan terhadap pencari suaka dan pelarian, serta gagal mengambil tindakan terhadap kesilapan maklumat yang mensasarkan Rohingya.

“Perlindungan terhadap pencari suaka dan pelarian tidak boleh sembarangan dan perlu konsisten daripada pihak kerajaan,” katanya.

Doraisamy berkata, penukaran semula (tindakan menghantar semula pencari suaka secara paksa ke negara asal) boleh menyebabkan kematian atau penahanan pencari suaka atau pelarian secara tidak sah di negara asal mereka, menjadikan empat kes orang pencari suaka Mesir yang dihantar pulang kerajaan Malaysia pada April tahun lalu.

Keempat-empat mereka dilaporkan hilang selepas tiba di Kaherah.

“Kerajaan Malaysia perlu belajar daripada kesilapan lalu, memformalkan polisi mengenai perkara itu dan memastikan pencari suaka dan pelarian yang didaftarkan atau disiasat oleh Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian tidak akan dihantar pulang atau diekstradisi.

“Mereka mesti diberi pengiktirafan sewajarnya dalam undang-undang untuk memastikan keselamatan di Malaysia,” katanya.

Redzuan, dalam jawapan bertulis Parlimen yang disiarkan di laman web Parlimen semalam, berkata Malaysia tidak akan melayan permintaan mengekstradisi etnik pelarian Uighur ke China.

Katanya, Malaysia akan membenarkan mereka masuk ke negara ketiga jika berasa keselamatan mereka berisiko.

“Jika ada pelarian Uighur melarikan diri ke Malaysia untuk perlindungan, kami tidak akan mengekstradisi mereka walaupun ada permintaan dari Republik Rakyat China,” tambah Redzuan. – 5 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen