3 tentera Lubnan terbunuh ketika buru pengganas


TIGA tentera Lubnan terbunuh manakala yang lain cedera ketika cuba menangkap seorang suspek “pengganas” di rumahnya di utara Lubnan.

“Ketika menyerbu rumah pengganas yang dikehendaki di kawasan Gunung Beddawi-Minyeh, peronda perisik tentera terkena tembakan dan bom tangan.

“Tiga askar terbunuh dan seorang lagi cedera parah,” kata jurucakap tentera Lubnan.

Mereka bagaimanapun tidak menyatakan sama ada pihaknya sudah menangkap suspek atau memberikan perincian mengenai identitinya.

Laporan media tempatan mengatakan bahawa tentera telah mengejar militan dikenali sebagai kumpulan Khalid al-Tallawi yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan dua pegawai polis pada 21 Ogos lalu dan anak ketua kampung Kaftoun di utara Lubnan.

Polis telah menangkap seorang suspek sehari selepas pembunuhan itu berlaku di kem Beddawi untuk pelarian Palestin berhampiran pelabuhan utara Tripoli. – AFP, 14 September, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen