Suspek pengganas ditahan di Maldives 


POLIS Maldives menahan tiga suspek pengganas pada Khamis selepas suspek dipercayai menikam tiga pelancng asing di sebuah pasar yang menjadi tumpuan pelancong di negara itu.

Mangsa merupakan dua warga China dan seorang warga Australia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Kejadian berlaku dua bulan selepas pegawai atasan polis memberi amaran kemungkinan berlaku serangan keganasan oleh kumpulan radikal yang terpengaruh dengan kumpulan Negara Islam.

Pihak berkuasa kini menyiasat video yang tersebar di media sosia yang mendakwa serangan itu dilakukan kumpulan pengganas tempatan.

“Polis Maldives berjaya menahan tiga suspek kerana menikam tiga pelancong asing,” kata polis dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun identiti mereka tidak didedahkan.

Tahun lalu, Maldives menahan seorang lelaki tempatan yang disifatkan Amerika Syarikat sebagai orang yang bertanggungjawab merekrut ahli untuk IS di Syria dan Afghanistan.

Lelaki terbabit juga didakwa terlibat dalam serangan bom di Male pada 2007 yang mencederakan ramai pelancong. – AFP, 6 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen