DALAM tulisan bahagian pertama telah diajukan bahawa motivasi Dr Mahathir Mohamad menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air atau Pejuang boleh difahami dengan melihat dua dimensi penting yang wujud dalam masyarakat iaitu struktur sosial yang bersifat sosiologis dan tekad peribadi yang bersifat psikologis.
Melihat dari sisi struktur sosial, unsur bangsa dan kebangsaan Melayu adalah penyebab utama yang memotivasi Dr Mahathir untuk menubuhkan Pejuang. Dalam konteks ini sosok seorang Dr Mahathir pertama-tamanya adalah sebagai nasionalis Melayu.
Komen