ADA dua dimensi penting yang boleh dilihat daripada penubuhan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang disytiharkan oleh Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini. Pertama, struktur sosial yang bersifat sosiologi dan kedua, tekad peribadi yang bersifat psikologi. Pada pandangan saya, dua dimensi ini diperlukan untuk memahami dengan lebih tuntas kejadian yang melahirkan Pejuang.
Pendekatan sosio-psikologi ini akan menumpukan kepada Dr Mahathir. Ini wajar kerana beliau bukan sahaja menjadi sosok utama Pejuang, malahan beliau jugalah yang bertindak untuk mendirikan dan membuat perisytiharan penubuhan Pejuang sebagai sebuah parti politik setelah samannya ditolak oleh mahkamah.
Komen