3 isu yang perlu diutamakan ketika wabak Covid-19


PROJEK Wawasan Rakyat menyarankan kerajaan untuk mengambil pendekatan yang komprehensif dalam menangani kesan dari perintah kawalan pergerakan.

Khususnya, kerajaan harus mengemukakan inisiatif dalam isu penjagaan kanak-kanak serta bantuan ekonomi kepada peniaga kecil dan pekerja B40.

Pekerja kesihatan dan ‘frontliners’ dalam industri penting kini akan hilang akses kepada perkhidmatan penjagaan kanak-kanak selepas penutupan pusat penjagaan kanak-kanak dan sekolah-sekolah.

Dalam tempoh kini amat kekurangan alternatif lain, ekoran dari pemberian perkhidmatan penjagaan kanak-kanak yang mesti mendapat lesen, dan sebarang penjagaan secara beramai-ramai akan mendedahkan kepada risiko penyebaran Covid-19.

Kerajaan mempunyai kuasa untuk menangani masalah-masalah ini, dan seharusnya menggunakan semua sumber yang sedia ada untuk menangani kesan-kesan dari dasar-dasar kerajaan.

Setakat ini, dasar-dasar sedia ada masih belum memadai untuk membantu golongan peniaga kecil yang mungkin akan hilang perniagaan sama sekali akibat perintah kawalan pengerakan.

Golongan rakyat ini hidup bergantung dengan pendapatan yang sangat kecil, dan mungkin tidak akan ada sumber yang mencukupi untuk membela keluarga mereka dalam situasi yang berterusan panjang.

Kami berharap kerajaan tidak membuat keputusan dengan membuta tuli atau melaksanakan dasar tanpa membuat pertimbangan sewajarnya bagi semua kesan-kesan dasar tersebut.

Kami harap kerajaan akan mengambil semua langkah sewajarnya untuk memastikan segala sumber-sumber kerajaan disalurkan kepada mereka yang paling terkesan, mereka yang paling terdedah kepada risiko, dan mereka yang paling rajin berusaha.

Masyarakat madani dan seluruh rakyat Malaysia sedia menyumbang tenaga dan mendorong usaha-usaha akar umbi demi menangani masalah Covid-19. Kami harap kerajaan turut komited.– 17 Mac, 2020.

*Muhammad Faisal Abdul Aziz adalah daripada Projek Wawasan Rakyat.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen