Pastor 60 tahun di Kuching korban pertama Covid-19


Desmond Davidson

Mangsa yang berusia 60 tahun adalah seorang pastor daripada Gereja Emmanuel Baptish di Kuching meninggal dunia pada jam 11.00 pagi tadi di Hospital Umum Sarawak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mac, 2020.

SEORANG pastor berusia 60 tahun menjadi mangsa pertama yang maut akibat jangkitan Covid-19, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

Seramai 193 orang kontak rapat si mati kini sudah dikesan untuk diasingkan, menurut kenyataan jawatankuasa tersebut hari ini.

Ia menyebut, pastor dari Emmanuel Baptist Church Kuching itu meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi di Hospital Besar Sarawak.

Ia turut menyatakan Sarawak merekodkan 11 kes baharu yang kini dirawat di tiga hospital iaitu Hospital Besar Sarawak, Hospital Sibu dan Hospital Miri.

Selain itu, 35 orang pesakit dalam siasatan direkodkan dan 204 pesakit masih menunggu keputusan ujian.

Penjejakan mendapati seramai 45 kes dari negeri itu berpunca daripada empat kluster, Masjid Seri Petaling, gereja di Kuching, kluster Sarikei dan satu lagi di Kuching.

Sumber jangkitan tersebut masih belum dipastikan, kata jawatankuasa itu. – 17 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen