Kes cabar penahanan di bawah Sosma didengar pada Isnin


LELAKI yang ditangkap minggu lalu kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) memfailkan permohonan undang-undang untuk mencabar penahanannya, lapor Malaysiakini.

Portal berita itu memetik peguam, S. Selvam berkata permohonan habeas corpus difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu untuk mencabar penahanan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Mahkamah akan mendengar permohonan itu pada pukul 9 pagi Isnin.

Habeas corpus adalah satu tindakan undang-undang bagi mereka yang ditahan untuk merayu kes di depan seorang hakim melainkan pihak berkuasa dapat menunjukkan alasan yang sah untuk penangkapan itu.

Selvam berkata anak guamnya adalah pengendali restoran berusia 57 tahun dari Sungai Buloh di Selangor.

Beliau adalah antara kumpulan pertama tujuh suspek yang ditangkap oleh Bahagian Antikeganasan Cawangan Khas Bukit Aman (SB-CTD) pada 10 Oktober.

Ini diikuti dengan tangkap kedua penangkapan yang melibatkan lima lelaki pada 13 Oktober.

Kesemua mereka ditahan di bawah Sosma, yang membolehkan tahanan selama 28 hari.

Selvam berkata anak guamnya ditangkap kerana membuat dua klip video untuk menyuarakan sokongannya terhadap LTTE.

“Cabaran kami di sini, kami mengatakan anak guam saya ditangkap semata-mata kerana menularkan dua video, yang kata beliau adalah mangsa rejim Sri Lanka adalah rakyat Sri Lanka.

“Jadi beliau berkata beliau ialah seorang bangsa India, dan Tamil Eelam juga Tamil, jadi apa salahnya beliau memberi sokongan kepada mereka.

“Beliau membandingkan sokongannya (kepada LTTE) dengan mereka yang menyokong rakyat Rohingya, dan Hamas di Palestin. Beliau mempersoalkan mengapa perlu diskriminasi kerana menunjukkan sokongan kepada rakyat India, kerana beliau juga orang India,” kata Selvam.

Antara 12 orang yang ditangkap adalah dua anggota DAP dari Melaka dan Negeri Sembilan. – 18 Oktober, 2019.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen