Harley-Davidson tangguh pengeluaran motosikal elektrik


Harley-Davidson semalam mengumumkan telah menggantung pengeluaran dan penghantaran motosikal elektrik LiveWire kerana didapati tidak mencapai piawaian semasa. – Gambar EPA, 15 Oktober, 2019.

HARLEY-DAVIDSON semalam mengumumkan telah menggantung pengeluaran dan penghantaran motosikal elektrik LiveWire yang jenamanya telah dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk kepelbagaian.

“Baru-baru ini kami mendapati keadaan motosikal itu tidak mencapai piawaian semasa pada pemeriksaan akhir.

“Pengeluaran dan penghantaran dihentikan, kami memulakan ujian tambahan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

The Wall Street Journal melaporkan bahawa keputusan itu dibuat selepas masalah pengecasan bateri pada kenderaan itu ditemui.

Pengilang tidak mengatakan bila mereka akan menyambung semula pengeluaran.

Menurut laman web Harley-Davidson, dilancarkan pada 2014, LiveWire dijual sekitar US$30,000 (RM125,000) di Amerika Utara dan Eropah Barat.

Pengilang yang berpangkalan di Milwaukee, Wisconsin di Amerika Syarikat telah beralih kepada kenderaan elektrik untuk menarik penunggang motosikal lebih muda.

Jualan syarikat turun lebih dari 6% pada suku kedua tahun ini.

Saham Harley Davidson naik 31% semalam pada penutup pasaran. – AFP, 15 Oktober, 2019.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen