Belanjawan 2020 untuk pacu kemakmuran bersama


Sheridan Mahavera

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bermula 2021, merupakan pelan untuk mengagihkan kekayaan daripada pantai barat semenanjung ke wilayah termiskin dalam negara.– Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Oktober, 2019.

PERUNTUKAN untuk pembangunan luar bandar dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan antara cara bagaimana Belanjawan 2020 membantu menyelaraskan semula ekonomi dan mencapai sasaran yang ditetapkan dalam agenda kemakmuran bersama Pakatan Harapan.

Pemimpin Pakatan dan pakar ekonomi bebas menyatakan bahawa kadar cukai lebih tinggi kepada golongan kaya dan sistem subsidi petrol bersasar hanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana juga akan memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Bagaimanapun, seorang pakar ekonomi mempertikaikan bahawa belanjawan tidak membantu dalam merapatkan jurang pendapatan kerana terdapat kadar cukai yang lebih tinggi bagi rakyat Malaysia yang kaya dengan pendapatan, keuntungan yang diperoleh daripada hartanah dan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan.

Hasil tambah daripada cukai pendapatan progresif dan caj yang lebih tinggi untuk cukai jalan bagi golongan kaya misalnya, boleh digunakan untuk meningkatkan bantuan kepada golongan dalam kategori bawah 40 kata ahli ekonomi dan bekas pegawai kanan Perbendaharaan, Ramon Navaratnam.

“Yuran dan caj kerajaan boleh dibuat lebih progresif supaya golongan kaya dikenakan bayaran lebih tinggi. Cukai mewah boleh diperkenalkan untuk berkongsi kekayaan,” kata Ramon, yang kini mengetuai Pusat Kajian Dasar Awam Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli).

“Cukai pendapatan dan korporat boleh dibuat lebih progresif dan cukai daripada hartanah dan perladangan boleh dinaikkan.”

Bagaimanapun, ahli parlimen Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa belanjawan itu adalah perantara sebelum pelaksanaan sebenar agenda ekonomi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bermula pada tahun 2021.

Butiran tentang apa yang akan memacu agenda WKB2030 akan berada di Rancangan Malaysia ke-12 dan ke-13 kata Fahmi, yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Bagaimanapun, Belanjawan 2020 akan memulakan proses menyusun semula ekonomi daripada industri digunakan negara kepada yang baru, yang akan mewujudkan sumber kekayaan di masa akan datang.

“Untuk berkongsi kemakmuran kita perlu mewujudkan kemakmuran dan ini bermakna mengenal pasti pacuan pertumbuhan baru,” kata Fahmi.

“Kita terpaksa beralih dari industri seperti komoditi yang tidak lagi membawa hasil besar seperti sebelum ini, kepada yang mampu menjana hasil seperti pembangunan perisian untuk mencapai matlamat dalam visi kemakmuran bersama.”

Berkongsi kekayaan

Untuk 2020, Sabah dan Sarawak akan menerima bahagian terbesar peruntukan kewangan masiing-masing berjumlah RM5.2 bilion dan RM4.4 bilion, menurut Kementerian Kewangan.

Kira-kira RM587 juta akan disalurkan kepada projek bekalan air luar bandar, daripada RM470 juta kepada Sabah dan Sarawak bagi mencapai sasaran 99% akses bekalan air bersih.

Daripada RM 1 juta peruntukan untuk jalan raya luar bandar, RM326 akan disalurkan kepada Sabah dan RM224 juta kepada Sarawak sekali gus memberi faedah kepada kira-kira 145,000 penduduk di kawasan pedalaman.

Langkah sedemikian dilihat sebagai agenda ekonomi Pakatan yang bermula dari 2021 hingga 2030 untuk mewujudkan sumber pertumbuhan ekonomi baru sekaligus memastikan kekayaan yang dijana akan dibelanjakan sama rata di antara kumpulan etnik, wilayah dan kelas pendapatan.

Rancangan Malaysia ke-12 dan ke-13 akan menggariskan butiran lanjut Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. – Gambar fail The Malaysian Insigh, 14 Oktober, 2019.

Penasihat khas Kementerian Kerja Raya Tian Chua berkata, langkah ini akan mengurangkan jurang  pendaoatan antara golongan kaya di negeri pantai barat semenanjung dan wilayah termiskin dalam negara.

“Projek-projek ini mempunyai kesan tiga kali ganda terhadap landskap sosioekonomi kawasan-kawasan ini dengan menghubungkan masyarakat di kawasan pedalaman dan membawa mereka ke dalam pengeluaran utama dan rantaian bekalan,” kata Tian Chua.

Akses yang lebih baik ke kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak juga akan mengurangkan kos sara hidup kerana ia mengurangkan kos pengangkutan barangan.

“Ianya jauh lebih efisien untuk melabur dalam infrastruktur berbanding memberi bantuan kewangan kerana ia membantu pertumbuhan di kawasan terlibat dan pendapatan masyarakat akan meningkat secara semula jadi.

Fokus belanjawan terhadap IKS bagi memacu pertumbuhan dan mengembangkan ekonomi digital juga akan mewujudkan sumber keayaan baharu, kata agensi penyelidikan berkaitan kerajaan, MIDF.

“Penekanan terhadap peningkatan kecekapan dan produktiviti akan menjadi pendapatan bersih kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, sementara pada masa yang sama mengurangkan kebergantungan kita terhadap tenaga kerja asing dan meningkatkan daya saing produk kita di pasaran eksport,” kata MIDF.

Sementara itu, Ramon daripada Asli berkata, RM1,1 bilion untuk inisiatif awam-swasta di kawasan seperti Kuantan, Johor, Sabah dan Sarawak juga akan membantu menyebarkan pembangunan di luar kawasan Lembah Klang.

Peruntukan RM445 juta kepada peniaga Bumiputera dan peruntukan asing kepada usahawan wanita juga akan membantu menyebarkan kekayaan merentasi garisan jantina dan kaum, katanya.

Namun Ramon memberi peringatan bahawa perlu ada langah bagi memastikan semua bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar berniaga.

“Diharapkan belanjawan akan dilaksanakan berdasarkan keperluan berbanding pendekatan berdasarkan kaum,” kata Ramon.

“Belanjawan 2020 adalah realistik dan pragmatik memandangkan keadaan yang kita hadapi,” Ramon berkata merujuk kepada fakta bahawa pertumbuhan ekonomi dunia semakin perlahan dan akan memberi kesan kepada negara yang bergantung kepada perdagangan seperti Malaysia.

“Tetapi ia mungkin ‘lebih progresif’ kerana lebih banyak cukai boleh dikenakan kepada golongan kaya, dan  ia boleh dikenakan cukai yang lebih kaya, dan malangnya tidak ada perubahan struktur baru.” – 14 Oktober, 2019.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen