Kerjasama Umno-PAS burukkan lagi perpecahan negara, kata pemerhati


Mustafa K. Anuar

Sidang media Himpunan Penyatuan Ummah yang diadakan di Kuala Lumpur semalam. Umno dan PAS memutuskan untuk menjalin kerjasama lebih formal yang bermula dalam beberapa pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 13 September, 2019.

JALINAN kerjasama Umno-PAS yang akan dibuat secara rasmi esok akan terus menyebabkan berlakunya polarisasi berbilang etnik di Malaysia, kata pemerhati politik.

Mereka juga berkata negara akan diheret ke arah politik etno-agama, mengalihkannya daripada agenda penting pembentukan negara, serta pembaharuan sosial dan institusi.

Dr Lee Hwok-Aun, felo kanan di ISEAS-Ishak Yusof Institute di Singapura, berkata Malaysia akan hanyut ke perairan misteri yang berpotensi berbahaya.

“Pengukuhan kerjasama Umno-PAS, tanpa mewakili parti dan kumpulan lain akan terus mendorong ke arah politik yang berpusatkan Melayu-Islam ketika negara perlu memberi tumpuan kepada perpaduan sosial, kesejahteraan manusia, kesamarataan dan keadilan serta kemajuan ekonomi,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Sudah tentu, Pakatan Harapan (PH) masih mengawal keadaan tetapi ia perlu menetapkan agenda negara dengan lebih jelas, berani dan berintegriti.”

Berkongsi pendapat Lee, Profesor Zaharom Nain dari kampus Universiti Nottingham Malaysia berkata kerjasama itu akan memecahbelahkan, dan jelas merupakan sesuatu yang buruk untuk negara.

“Ia menjadi motivasi bagi kerjasama terdesak ini yang menganggap lebih 60% penduduk Malaysia yang terdiri daripada orang Melayu akan tunduk kepada strategi mereka.

“Mungkin PH boleh mengguna pakai strategi serupa, tetapi ia akan menjadi bencana politik bagi PH, dan lebih buruk lagi, akan merosakkan negara serta menjadi tragedi kepada semua.”

Aktivis sosial dan penulis blog Anil Netto berkata kerjasama antara parti berasaskan kaum dan agenda agama tidak sepatutnya menjadi pilihan rakyat Malaysia bagi jangka masa panjang. – 13 September, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen