Menjengah persemadian mangsa peristiwa berdarah 13 Mei


Thor Kah Hoong

Lokasi tanah perkuburan mangsa peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 di Sungai Buloh, Selangor. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 13 Mei, 2017.

SELAMA hampir 50 tahun, perkuburan kecil, tidak sampai saiz dua gelanggang badminton berhampiran pusat kusta di Sungai Buloh, sejak sekian lama terabai dan tidak diketahui kewujudannya.

Di situ terdapat 114 batu nisan yang biasa dilihat – seorang India, dua Melayu dan 111 Cina (termasuk 17 yang tidak dikenal pasti), semua dikebumikan dengan ihsan kerajaan Malaysia – kawasan cerunan di dalam hutan, jauh daripada dari kawasan pusat kusta itu.

Beberapa dekad diabaikan, lalang dan rumpai yang tumbuh menyembunyikannya daripada pandangan, manakala peranan pusat kusta semakin berkurangan seiring perkembangan masa dengan terkawalnya penyakit menakutkan itu.

Sehingga pusat kusta itu dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan Hospital Sungai Buloh, dan beberapa ratus meter jauh ke jalan raya, bahagian bawah cerunan kawasan perkuburan itu dibersihkan untuk didirikan Masjid Hospital Sungai Buloh.

Dan anak-anak pokok di kedua-dua pinggir jalan raya, dan pendatang tanpa izin Indonesia membersihkan tanah di sekeliling perkuburan bagi menanam rumput.

Turut kelihatan, dengan khabar baru-baru ini yang cerun itu mungkin dibersihkan untuk memberi laluan bagi tempat letak kereta masjid, tanah perkuburan tidak lagi diabaikan. Semua semak samun dibersihkan dan rumput baru tumbuh.

Ramai artis melawatnya untuk mencari inspirasi kepada naratif kreatif mereka.

Ia mula diketahui kerana menjadi tempat bersemadinya mangsa pertumpahan darah antara kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, dan hari berikutnya.

Rusuhan kaum yang tercetus pada 13 Mei 1969, enam tahun selepas Malaysia dan 12 tahun selepas Merdeka, mempersoalkan keharmonian kaum yang sepatutnya menjadi asas kukuh negara.

Ia juga meninggalkan luka mendalam dalam jiwa kita bagi sejak sekian lama yang tidak ingin diperkatakan. Tiada siapa ingin menyentuhnya. Keutamaan hanya untuk membaiki hubungan kaum dan negara.

Ia tidak ditulis dalam buku sejarah negara, kecuali laporan Tengku Abdul Rahman mengenainya.

Angka rasmi menunjukkan 196 terkorban. Bagaimanapun, ia dipertikaikan golongan yang lebih mempercayai anggaran dibuat diplomat Barat iaitu 600 orang.

Kini, ketika hubungan kaum menjadi kasar dan berpecah-belah, perkuburan ini menjadi simbol yang tidak boleh dilupakan, peringatan kejadian berdarah yang menjadi akibat jika permasalahan kaum tidak dikawal atau diapi-apikan.

Hari ini adalah ulang tahun ke-48 kejadian penuh trauma itu.

Sebanyak 114 batu nisan kini dilihat di lereng bukit, kelihatan begitu dan berdepan masjid besar, blok apartmen dan fasiliti perubatan universiti, tetapi perhimpunan hari ini membuktikan ia tidak lagi diabaikan.

Namun, di mana pusara 82 yang lain? – 13 Mei, 2017.


Sign up or sign in here to comment.


Comments