Menjadi mangsa gelaran palsu


Majlis anugerah darjah kebesaran diraja hanya diadakan di istana negeri, dan upacara itu tidak akan diadakan di tempat lain termasuk di hotel. – Gambar Facebook, 4 Mei, 2024.

BUKANNYA susah sangat, tetapi masyarakat kita sering mengambil mudah dan tidak endah untuk membuat pemeriksaan di pangkalan persekutuan www.istiadat.gov.my bagi mengesahkan kesahihan gelaran kehormat yang digunakan seseorang individu.

Sikap kebanyakan rakyat Malaysia seperti itu menyebabkan ramai cenderung menjadi mangsa penipuan, dan keadaan itu membingungkan Majlis Datuk Dato’ Malaysia (MDDM).

“Gelaran biasanya diberikan kepada mereka yang berusia 45 tahun ke atas dan memberi sumbangan kepada negara. Orang ramai perlu berhati-hati ketika didatangi seseorang yang ada gelaran kehormat.

“Semakin muda individu terbabit, sepatutnya anda lebih berhati-hati,” kata Setiausaha Agung MDDM Samson David Maman kepada The Malaysian Insight.

Samson berkata membuat pengesahan terhadap gelaran itu sangat mudah iaitu dengan membuat pemeriksaan di laman web berkenaan dan masukkan nama yang hendak diperiksa.

“Ada kes di mana majlis anugerah kehormat diraja diadakan di hotel, dan ini adalah gelaran palsu kerana upacara sedemikian tidak diadakan di tempat seperti itu.

“Kami terima banyak aduan daripada orang ramai berkenaan mengapa Pendaftaran Syarikat (ROC) tidak ada usaha untuk mengesahkan gelaran kehormat yang digunakan oleh individu.

“Mereka juga bertanya tentang apa akan berlaku apabila seorang pengarah syarikat atau ketua pegawai eksekutif ditangkap menggunakan gelaran palsu di mana ROC gagal melakukan siasatan. Adakah ROC akan berdepan tindakan atas kesilapannya,” katanya.

Beliau memetik satu contoh iaitu Chan Wai Lan yang menggunakan nama Tan Sri Sophia Chin di Facebook, pemilik satu syarikat bernama Quarters. Pemeriksaan di pangkalan data mendedahkan Chan terang-terangan menggunakan gelaran kehormat palsu.

Samson berkata beliau memberi amaran kepada Chan berkenaan salah guna gelaran itu tetapi Chan kemudian menyekatnya di platform Facebook.

“Chan tidak ada dalam pangkalan data persekutuan itu. PSM adalah anugerah persekutuan.

“Tetapi Chan berjaya menipu ROC dengan gelaran ‘Tan Sri’.

“Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada Januari tahun ini, mendakwa Chan, pengarah Pixelvest Sdn Bhd melakukan kesalahan pengubahan wang haram membabitkan nilai lebih RM164.5 juta.

“SC berkata Chan menerima hasil haram meneruai akaun bank peribadinya selain dalam beberapa syarikat di mana beliau adalah pengarah atau rakan kongsi,” katanya.

Beliau berkata apabila anugerah gelaran negeri dikurniakan, ia adalah hak sultan sepenuhnya sementara bagi anugerah gelaran persekutuan, ada proses di mana seseorang individu boleh membuat permohonan berdasarkan sumbangannya, contohnya kepada bidang sukan atau masyarakat.

Peranan masyarakat

Samson berkata Akta Anugerah 2017 dan Akta Lambang dan Nama (Pindaan) 2016 diperkenalkan untuk mencegah gelaran palsu dan melindungi institusi diraja apabila ada individu mendakwa mereka adalah kerabat diraja termasuk mengisytiharkan diri sebagai “Sultan” Melaka dan Raja Borneo, Sulu dan Mindanao.

Tidak seperti Akta Anugerah 2017, mencari anugerah atau cubaan menjual gelaran palsu boleh dihukum dengan denda hingga RM500,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.

Di bawah Akta Lambang dan Nama (Pindaan) 2016, individu disabitkan bersalah boleh dikenakan denda RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, berbanding denda RM1,000 sebelum akta itu dipinda.

Samson berkata sebelum ini, individu yang didapati menggunakan lambang diraja di kenderana mereka hanya dikenakan denda RM1,000.

“Media boleh membantu mengurangkan masalah gelaran palsu dengan mengesahkan kesahihan gelaran digunakan individu yang ditemubual.” – 4 Mei, 2024.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Do you need to keep an eye on your spouse by gaining access to their phone? Or you are suspicious that your spouse cheats.

    Well I will advise you to contact Hacker Judas because he's the best in hacking skills, he helped me hack into my wifes phone remotely when i noticed she had been cheating. thank you Hacker Judas for helping me find out the truth. He also helped my friend in increasing his credit score.

    I will advise you guys to contact him right here for good jobs and all. Hacker Judas9 @ gmail . com he is trustworthy.

    Dimuat naik 1 minggu yang lalu oleh Ruth Welz · Ulasan