Permulaan baik, sekarang Pakatan Harapan perlu nyatakan dasar


Looi Sue-Chern

Pakatan Harapan sudah memperkenalkan kepimpinan Majlis Presiden, sekarang masa untuk umum dasar dan manifesto. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 4 Mei, 2017.

Pakatan Harapan mengatasi halangan pertama apabila bersetuju dengan barisan kepimpinan yang akan menerajui pakatan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Sekarang, mereka hanya perlu menyatakan dengan jelas dasar-dasar mereka, kata dua kumpulan yang mewakili pergerakan sivil dan perunding perniagaan.

Kedua-dua kumpulan itu memberitahu yang memandangkan barisan kepimpinan sudah diumumkan kepada masyarakat, PH tidak lagi perlu membuang masa untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka tahu apa yang akan dilakukan nanti untuk mengubah negara.

“PH perlu membentangkan dasar-dasar mereka kerana rakyat mahukan sebuah kerajaan yang tahu apa yang perlu dilakukan,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

“Kita mahui sebuah kerajaan yang tahu apa yang mereka buat bukan untuk kepentingan sendiri, tetapi untuk negara dan rakyat.

“Dasar-dasar mereka perlu mencerminkan strategi bersepadu dan menyeluruh sebagai kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan, melibatkan kerangka ekonomi dan pemerkasaan undang-undang, bertujuan memastikan kerajaan mampu memenuhi keperluan masyarakat.”

Maria memberitahu The Malaysian Insight, memandangkan pilihanraya umum semakin hampir, barisan kepimpinan itu ialah “permulaan yang baik”, walaupun mungkin bermaksud yang ia tidak akan menjadi kabinet bayangan, sekiranya PH berjaya menakluk Putrajaya.

Kerajaan baru nanti- walau siapa pun- perlu menunjukkan yang mereka boleh membantu menyusun kembali Malaysia, bukan hanya tertumpu kepada kejayaan jangka pendek.

“Pengukuhan ia (kerajaan) melalui institusi seperti polis, kehakiman dan suruhanjaya anti korupsi boleh mengembalikan semula keyakinan politik dan pelabur.

“Kita memerlukan perubahan paradigma dan sekarang ialah masa terbaik untuk Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama ini,” katanya lagi.

Dalam laporan ekslusif pagi ini, The Malaysian Insight menerbitkan senarai pemegang jawatan PH yang diputuskan dalam mesyuarat majlis gabungan presiden yang diadakan pada pagi Ahad lepas.

Pasukan harapan PH menamakan Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengerusi.

Dr Wan Azizah akan menjadi pengerusi majlis dan dia akan dibantu tiga naib pengerusi.

Senarai pemimpin tertinggi dan logo PH akan dihantar ke Pendaftar Persatuan.

Penganalisis di BowerGroup Asia, Asrul Hadi Abdullah Sani berkata tindakan seterusnya untuk PH ialah mengeluarkan manifesto tunggal yang menyenaraikan semua isu perjuangan utama mereka.

Antara isu penting ialah dasar Bumiputera, sekolah Cina dan kedudukan mahkamah Shariah.

“Saya yakin lebih banyak maklumat akan dikeluarkan dalam beberapa hari lagi tetapi yang ditunggu-tunggu ialah bagaimana PH menterjemahkan pendirian mereka dalam pakatan apabila membentuk kerajaan persekutuan, sekiranya mereka menang.

“Adakah ini bermaksud yang Wan Azizah akan menjadi perdana menteri dan mempunyai tiga orang timbalan?

“Adakah PH akan mewujudkan jawatan menteri kanan seperti di Singapura untuk penasihat seperti Mahathir dan Anwar (Ibrahim) dalam kerajaan persekutuan?” soalnya kepada The Malaysian Insight. – 4 Mei, 2017.


Sign up or sign in here to comment.


Comments