Perikatan menang besar di Sg Bakap


PERIKATAN Nasional (PN) mengekalkan kerusi DUN Sungai Bakap di Pulau Pinang dengan peningkatan majoriti 4,267 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Khairulnizam Hashim di Dewan Serbaguna Jawi, malam ini.

Keputusan menunjukkan Abidin Ismail, bekas eksekutif logistik berusia 56 tahun menang dengan 14,489 undi.

Abidin menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin, yang memperoleh 10,222 undi.

Secara keseluruhan, 39,279 pemilih berdaftar layak mengundi pada pilihan raya kecil ini termasuk 57 anggota polis.

Pilihan raya kecil itu adalah pertembungan langsung antara Joohari dan Abidin, yang juga Naib Ketua PAS Nibong Tebal, daripada PN.

Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandang PAS Nor Zamri Latiff pada 24 Mei akibat radang perut.

Pada pilihan raya negeri 2023, Allahyarham Nor Zamri menawan Sungai Bakap dengan majoriti 1,563 undi, menewaskan Nurhidayah Che Rose daripada PH. – 6 Julai, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen